CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 10, 2011

Bahtera Penyelamat (Nafsu yang Meransangkan) Part 1



"Aku tidak membebaskan diriku (dari beban dosa) kerana nafsu sering menyuruh yang buruk, kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku Maha Pengampun Maha Penyayang."   (Surah Yusuf : 53)

Mungkin sukar untuk kita melihat seorang pendakwah bertudung labuh, berkopiah melakukan kejahatan secara terang-terangan. Tetapi dalam kesibukan menempuh kehidupan sebagai seorang pendakwah, seorang da’i mungkin lupa akan perihal dirinya sendiri. Kita mungkin sibuk membimbing dan mentarbiyah orang lain tetapi kita mungkin lupa untuk mendakwah diri sendiri, lupa untuk menilai amalan diri, lupa untuk menilik kemungkinan adanya tompok-tompok hitam dalam hati. Ya, mungkin kita akan segera menepis godaan syaitan yang mengajak kita ke kelab malam, meneguk arak dan membuka aurat tetapi kadang-kadang kita terleka bahawa terdapat satu bisikan kejahatan yang kita ikuti tanpa disedari. Inilah yang dikenali sebagai bisikan nafsu dalam diri.

Allahyarham Syeikh Dr Fathi Yakan telah mengupas impak nafsu terhadap pendakwah dalam buku tulisannya, Bahtera Penyelamat. Menurut beliau, nafsu merupakan wadah tempat berinteraksi segala yang buruk dan baik, halal dan haram, hak dan batil. Nafsu akan menerima apa sahaja bergantung pada bagaimana manusia mengawalnya. Jika kita leka, tidak akan mustahil untuk kita melakukan kemungkaran walaupun kita merupakan seorang pendakwah kerana mengawal nafsu adalah seperti kita mengawal diri sendiri. Nafsu akan sentiasa berusaha mengarah diri kita untuk melakukan keburukan.

Sabda Rasulullah SAW

“Musuh dirimu yang paling besar ialah nafsumu sendiri di yang dicelah lambunganmu”
                                                                                                             (Al-Hadis)

 Oleh itu, sebagai seorang da’i, kita hendaklah berusaha mengawal nafsu, bermuhasabah tentang diri sendiri. Hitunglah kesalahan kita sebelum kita menghitung kesalahan orang lain. Rasulullah SAW pernah menceritakan nasib manusia yang mengatakan sesuatu yang tidak dikotakan:

“Pada hari kiamat kelak dicampakkan orang berkenaan dalam api neraka lalu terburai perutnya. Ia berputar-putar dalamnya persis seperti keldai mengelilingi kincir pengisar gandum. Penduduk neraka berkerumun melihatnya. Mereka berkata: “ Si fulan (rupanya). Bukankah engkau dahulu menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang munkar?” “Benar”, jawabnya. “Tetapi aku sendiri tidak melakukannya. Aku larang yang munkar tetapi aku sendiri melakukannya.”

Adakah kita mahu semua dakwah yang kita lakukan dibalas oleh Allah dengan seksaan seperti ini?? Jika tidak, didik dan kawallah nafsu. Allahyarham Syeikh Dr Fathi Yakan amat menekankan perihal menjaga hati sebagai cara yang paling utama untuk mengawal nafsu. Rasulullah SAW telah menjelaskan betapa tingginya kedudukan hati dalam diri setiap manusia,

“ Manusia itu dua matanya(ibarat) penunjuk, dua telinganya sebagai pemberi isyarat awas, lisannya sebagai penterjemah, dua tangannya sebagai sayap, dua kakinya ialah posmen, hatinya pula sebagai raja. Kalau rajanya baik, maka baiklah bala tenteranya.”

Tanda hati masih hidup

Antara tanda-tanda yang menunjukkan hati msih hidup ialah ia masih mampu bergetar dan teralun oleh zikrullah, bacaan Al-Quran dan ibadah-ibadah lain.
Marilah kita muhasabah diri kita sendiri. Adakah hati kita bergetar ketika mendengar rakan kita membaca Al-Quran? Atau hati kita lebih terkesan melihat lakonan pelakon drama Korea yang menjadi kegilaan remaja sekarang? Fikir-fikirkan lah agar hati kita yang mungkin hanya layu agar tidak terus mati dihempas gelodak nafsu.

Selain itu, hati yang hidup juga boleh dilihat apabila seseorang itu kuat dalam pegangan agamanya. Dia berani untuk menyatakan yang hak dan hanya takut kepada Allah Subhanahu wa Taala sahaja selain gentar untuk melakukan kemurkaan dalam kehidupan seharian. Tepat sepeti apa yang dibayangkan oleh Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya di bumi Allah ini terdapat bejana-bejana; iaitu hati-hati (hambanya). Yang paling disayanginya ialah yang paling lembut, paling jernih, paling teguh. Kemudian Rasulullah menjelaskan lagi yang paling teguh berpegang kepada agama, paling jernih dalam keyakinannya dan yang paling lembut terhadap sahabat.”

Jom kita sama-sama analisa diri kita....



to be continued in part 2..... =)

Sunday, November 27, 2011

Dakwah seperti kulit bawang. sobs.sobs.sobs. tp kite nk syurga kan?

Alhamdulillah!
pengembaraan dan pembelajaran serta tarbiyyah dr Allah yg sgt tidak ternilai rasanya kali ini.
semuga terus tsabat semua!
(guling2 atas katil!)




p/s: selamat kembali ke sekolahhhhhhhhhhh
*sape dpt teka ni mmg sgt terer :p

Tuesday, November 8, 2011

bestnya study!

Seandainya para raja dan para pangeran mengetahui kegembiraan dan kenikmatan yang kita rasakan (ketika menuntut ilmu dan beribadah kepada Allah), niscaya mereka akan merampas apa yang kita rasakan tersebut dengan tebasan pedang.

(Ibrahim bin Adham)

wishing all of you the best for final exams!
may success be with us all, inshaAllah..


Saturday, October 29, 2011

"Oh that I regret..."

A small excerpt from one of Shaykh Mukhtar al Shinqitee's lectures.


"The Shaykh brings to light on how there will be no greater feeling of regret than the one who wakes up on the Day of Judgment reminiscing about what could have been, and the evil of what is to come..."



Allah gives us that ‘opportunity’. What have you done with that ‘opportunity’?

Being grateful enough?

Take lots of benefit from that opportunity and share with others?




What do you feel when listening to this video? Only you can answer…



Jazakillah khairan Anis for the sharing..;)



Assalamualaikum 

^_^



Untuk kita..
بسم الله الرحمن الرحيم


Awak..

Sekali lagi ingatan untuk awak.. untuk saya.. untuk kita :)



Awak..

Setiap hari pasti ada bicara Allah pada kita

Ada yang jelas, ada yang tidak.

Ada yang halus, ada yang tidak.

Ada yang lembut, ada yang tidak.




Awak..

Istimewanya bicara Allah ini,

Dengarnya bukan pada telinga, tapi dengan hati.




Awak..

Pernah kan kita terjatuh ketika bermain?

Sakitkan? Tidak lena tidur seminggu.

Mungkin ini satu bicara Allah pada kita

Lihatlah, dan pandanglah dengan hati…

istighfar, mungkin ada dosa yang kita buat tanpa disedari

istighfar, mungkin ada amanah yang tidak kita lunasi

istighfar, mungkin kita kurang mengingati-Nya hari ini




Awak..

Pernah kan kita kehilangan apa-apa, atau gagal mencapai cita-cita?

Pasti terpendam rasa kecewa, seolah kelam seluruh dunia

Lihat dan pandanglah dengan hati

Istighfar, mungkin ada dosa belum kita taubati

Istighfar, mungkin ibadah kurang dihayati

Istighfar, mungkin ada yang lebih baik menanti




Awak..

Pernah kan kita dipuji?

Walaupun pada realiti, kitalah manusia yang paling tidak layak disebut begini?

Kerana pada realiti, kita tahu, setiap kelemahan dan kejahatan yang tersembunyi

Istighfar, bicara syaitan cuba mempengaruhi

Istighfar, berhijrah dan berubah menjadi seperti yang diingini

Istighfar, banyakkan taubat dan sujud syukur pada Illahi




Bicara allah pada langit yang dihiasi bintang,

Pada awan dan pelangi di waktu siang,

Pada urat saraf, pembuluh darah dan tulang belulang,

Pada degup jantung, turun naik nafas




Bicara Allah ada di segenap penjuru alam ini

Di setiap detik waktu yang kita lalui



Awak..

Mari bersama kita

Sucikan diri

Letakkan quran di hati

Dengarkan bicara Illahi

Menggapai cinta hakiki

Dan pastikan sayang kita pada Allah paling tinggi



Kerana kita..

dambakan redha Illahi



Dari saya untuk kita,

Cardiff, UK. :)

(ade kawan dr minne bg tru emel, die copy from sister yg belaja kt UK)

Wednesday, October 26, 2011

Untuk Sisters Tersayang...



Sisters: Bidadari Dunia - Permulaan - Bidadari, 

tetapi mereka adalah manusia.



By: Hilal Asyraf

Semua mengidamkan bidadari. Lelaki.
Semua ingin menjadi bidadari. Perempuan.

Jadi saya lebih fokuskan kepada yang kedua. Walaupun saya sedar saya adalah seorang lelaki. Tetapi izinkan saya menulis perkara ini. Mungkin seronok juga jika saudari-saudari saya mendengar pandangan yang berlawanan jenis dengannya bukan? Saya nampak anda tersenyum di situ.

Bidadari Dunia. Saya menulisnya kerana saya percaya, perempuan adalah antara makhluk yang penting di dalam dunia. Islam, nyata mengangkat wanita ke satu darjat yang tinggi. Justeru pada saya, perempuan-perempuan yang tunduk kepada Allah SWT, mentaatiNya, menjauhi laranganNya, itulah dia bidadari-bidadari dunia. Ya, mereka bidadari, tetapi mereka adalah manusia.

Persoalan, bagaimana mahu menjadi bidadari ini?

Itulah yang akan dikupas oleh saya di dalam Bidadari Dunia.

Dari kaca mata sayalah, seorang lelaki.

Perempuan, mengalahkan syurga.

Syurga. Kita tahu syurga ini amat indah, tidak terjangkau dek pandangan akal, tidak pernah langsung terdengar dek telinga, apatah lagi pernah dilihat dek mata. Ada segala-galanya, memenuhi segenap kesenangan yang dicita.

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;” Surah Ali Imran ayat 133.

Tetapi, nak kata perempuan ini mahalnya lebih daripada syurga adalah, Nabi Adam AS yang hidup di dalam syurga itu, yang penuh kenikmatan itu, boleh pula merasa sunyi dan kekurangan. Ya, di situlah mahalnya perempuan. Hatta syurga pun dikalahkan.

Maka untuk Adam diciptakan Hawa. Sedang Syurga juga tidak dapat memenuhi fitrah seorang lelaki.

Sebab itu, perempuan sentiasa mahal di dalam jiwa saya. Apatah lagi, Islam memang nyata mengangkat perempuan di dalam Islam. Disuruhnya lelaki menjaga perempuan, mengetuai mereka, memenuhi hak-hak mereka, dan melayan mereka dengan baik serta mulia. Sedang dalam zaman Parsi, Romawi, perempuan dilayan seperti hamba, kotor, sampah, dan sebagainya.

Nah, perempuan itu tinggi sebenarnya.

Maka Amatlah Rugi Jika Yang Mahal Itu Menjadi Murah

Maka, pada saya, amatlah rugi sekiranya yang mahal menewaskan syurga itu, menjadi murah dan rendah hanya kerana tidak menjaga diri dan melanggar perintahNya.

Di sinilah saya mengajak para bidadari sekalian bermuhasabah semula.
Diri kalian sebenarnya mulia bukan?
Maka bagaimanakah kemuliaan itu dijaga?
Siapakah contoh-contoh yang sepatutnya kalian ini ambil untuk kekal mulia?
Peraturan manakah yang anda perlu ikuti dan turuti agar kemuliaan anda ini kekal selama-lama?

Di sinilah Bidadari Dunia muncul untuk membawa anda sama-sama meneroka perkara ini semua.

Sebab perempuan pada saya adalah ibu kepada manusia. Hatta lelaki lahir daripada rahimnya juga. Bayangkan!

Maka dari perut perempuanlah lahirnya pemimpin, panglima perang, cerdik pandai, saintis dan sebagainya. Tetapi jangan dilupa, daripada perut perempuan jugalah lahirnya pembunuh, perogol, pencuri dan sebagainya.

Justeru, saya berpendapat bahawa, sekiranya perempuan itu adalah seorang bidadari dunia, kemungkinan untuk melahirkan zuriat yang baik adalah lebih tinggi. Tanpa saya menafikan juga, dari perut perempuan mana pun, boleh sahaja lahir seorang pemimpin yang mulia kerana kemuliaan bukanlah sesuatu yang diwarisi. Tetapi kita juga tahu, peratusnya amat kecil. Dan kita ini diajar menjemput natijah dengan asbab. Tidak begitu?

Sebab itu jika anda, wahai bidadari-bidadari dunia yang saya kasihi, perasan, lihatlah perancangan barat yang cuba menelanjangkan perempuan-perempuan, dan mengeluarkan mereka dari rumah ke arah kebahayaan, kemudian mewarnainya dengan nama kebebasan, ketinggian dan kesama rataan. Untuk apa? Bukankah untuk merosakkan generasi yang bakal lahir dari perut kalian?

Bidadari Dunia, mustahil?

Mana mungkin perempuan di dunia boleh menjadi bidadari!
Mungkin itulah yang terdetik di dalam diri anda. Mungkin.

Saya tidak rasa demikian. Kerana saya pernah melihat bidadari di atas dunia. Dan saya tahu, sebelum saya lahir, wujud ramai bidadari yang telah berjalan di atas muka bumi ini.

Antaranya adalah bonda kita, Khadijah RH, Aisyah RH, Hafsah RH dan semua isteri Rasulullah SAW, sahibah-sahibah baginda seperti Nusaibah RH, Ummu Sulaim RH, juga figur-figur terdahulu seperti Maryam binti Imran, Asiah isteri Firaun, dan tidak terkecuali manusia-manusia indah seperti Ibu kepada Muhammad Al-Fateh, Zainab Al-Ghazalidan sebagainya.

Ya. Mereka adalah bidadari yang pernah berjalan di atas muka bumi.

Mereka juga manusia. Seperti kalian juga.

Maka di mana mustahilnya?

“Kami bukan mereka!”

Saya tertawa. Tidak. Jangan sesekali sangka begitu. Bukan kerana ‘anda bukan mereka’ sebenarnya. Tetapi hanya kerana ‘anda tidak menjalani proses seperti yang mereka lalui’.

Nah, itulah dia Bidadari Dunia akan bawakan. Bagaimana hendak melalui proses yang sama seperti mereka. Kalau masuk kilang batik, takkan keluar jadi kain songket kan? Kalau main batu seremban, takkan sama dengan main bola jaring kan? Begitulah.

Saya yakin kalau kalian buat apa yang mereka buat, percaya apa yang mereka percaya, insyaAllah kalian akan mampu menjadi seperti mereka. Jadi antara pengisian Bidadari Dunia adalah menceritakan perihal mereka sebagai ibrah buat saya dan anda juga.


Penutup: Simpanlah cita-cita. Jadilah Bidadari Dunia.
Maka bercita-citalah dari sekarang wahai wanita-wanita yang ingin menjadi mulia. Simpanlah azam dan sematkanlah tekad. Saya akan berusaha yang terbaik untuk menyampaikan.

Harapan saya adalah, Bidadari Dunia ini mampu menimbulkan kesedaran, sekaligus mengubah kehidupan, dan akhrinya membuatkan kalian mampu menjadi tiang-tiang yang menopang ummah ini ke arah kebaikan. Melahirkan anak-anak dan mendidik mereka dengan kebaikan. Menjadi isteri dan memperkuatkan suami ke arah mencari redha Ar-Rahman. Menjadi kakak yang membawa adik-adik ke arah kemuliaan. Menjadi bidadari dunia, yang mampu menyerikan dan mengindahkan alam yang fana ini, membawanya ke arah apa yang diredhaiNya.

Inilah dia mukaddimah.

Semoga Allah redha kepada kita, dalam kasih dan sayangNya.

Mari, Menjadi Hamba!




Credit: http://langitilahi.com/5305/sisters-bidadari-dunia-%E2%80%93-permulaan-bidadari-tetapi-mereka-adalah-manusia/




PESANAN BUAT ADIK ADIKKU

Samada sukar,
Samada senang
Samada indah
Mahupun berselimut kesulitan dan kesukaran,
Kita perlu teruskan dakwah ini.

Aku tahu adikku
Engkau tak mampu melihat cahaya di hadapan
Terkadang dikau buntu apa yang terbaik boleh dilakukan
Mahupun langkah terbaik untuk dijejaki
Ataupun cara kerja paling benar dalam mencapai tujuan.

Akhirnya dikau terus keliru tidak memahami
Melihat angka-angka rijal yang makin susut
Mahupun lari kebelakang.
Dan dikau terus bertanyakan dirimu:
‘apa yang sudah berlaku ini?’

Sementelahan dirimu
Disalut,dibelit, ribuan masalah dan ujian.
Lantas dikau buntu.

Apa boleh kau buat sekarang?
-Study pun ‘horror’
-Tarbiyah diri entah ke mana
-Dah tahu banyakkkkkkkkkkkkkk perkara
-Buku nota dan bertukarrrr dan bertukar warna

Tapi dirimu masih lagi meraba-raba dalam kegelapan.

Dan kesannya
Pada adik-adik binaanmu..
Dan seterusnya kau terus tertekan
Kerana ketidak mampuanmu berbuat SEMUA perkara,
Dengan sebaiknya

‘ Aku bukan hebat sangaat weyyhhhhh!’

Dan kau terus berteleku beristighfar
Menangisi kelemahanmu dan ketidak mampuan dirimu.

Maka apa jalan keluar dari semua ini?
Tiada lain,

Melainkan untuk terusssssssssssssskan melangkah di jalan dakwah ini.

Teruskan sahaja bertahan
Terus menerus.
Kerana inilah formula duat terdahulu dan sekarang.

Walaupun diri diuji
Walau keluarga dibawa lari
Mahupun anak binaan tak menjadi
Mahupun tarbiyah diri tidak rapi.
Tapi mereka tetap dan terus menerus dalam dakwah ini.

Beramal, menyampaikan risalah ini.
Berkat sabar dan sangka baik mereka pada Allah,
Itulah yang menguatkan hati dan perasaan mereka.
Dan dari situlah mereka berjaya.
Aku yakin adikku,
Dirimu akan begitu juga,

credit to Muharikah.wordpress.com

pesanan ni jugak khas ditujukan utk diri sendiri yg byk membuat kekhilafan..yang susah untuk bermujahadah (-_-") Doakan kite sentiasa teguh berdiri di jalan INI.. ~inni uhibbuki fillah~

Sunday, October 23, 2011

(^^,)


ouh indahnya saling berbagi,
saling memberi kerna Allah,
ouh indahnya saling menjaga,
saling mengasihi kerna Allah.

(p/s: xkan berkurang harta sedekah, akan bertambah, akan bertambah) huuuuuuuuuu. 

Friday, October 21, 2011

Mari Bercinta

Assalamualaikum

Tatkala desir angin dingin menyapa, membisikkan kalimah zikrullah dengan caranya yang tersendiri dan setiap kali itu juga kita tersentak dengan hakikat bahawa setiap makhluk bertasbih, bertahmid, memuji kebesaranNya, menzahirkan kecintaan terhadapNya, meluhurkan hati mengingatiNya.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nur, ayat 41
"Tidakkah kamu melihat bagaimana segala yang di langit dan di bumi menyanjung Allah, dan burung burung mengembangkan sayap sayap mereka? Masing-masing. Dia mengetahui solatnya, dan sanjungannya, dan Allah mengetahui apa yang mereka buat"

Kesempurnaan ciptaanNya, menggugat jiwa, intelek, dan spiritual setiap insan. Menjenuhkan ligat minda berfikir, cuba merungkai misteri kehebatan, keindahan, ciptaan Allah. Firman Allah SWT dalam surah Al-Mulk, ayat 1-4

"Mahasuci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun. Yang menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat? Kemudian ulangi pandangan(mu) sekali lagi (dan) sekali lagi, nescaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih."

Tatkala itu juga mata memerhatikan sekeliling, antara jelas atau tidak ada denai sepi yang ditumbuhi lalang meninggi, juga ada laluan lainnya yang deras berpengunjung. Dan denai berlalang itu terbiar sepi, tiada usaha membersihkannya, memajukannya, menerangkannya dan terus menerus menjadi denai sepi yang murung.



Sedikit kata pengantar dari saya memulakan bicara di laman al-Mahabbah ini. Subhanallah, mahabbah yakni cinta dan kasih sayang, cukup menusuk hati setiap bibir yang melafazkannya. Kasih sayang dan cinta dalam tautan ukhuwahfillah ini semoga menjadi asas kepada bertautnya hati hati mereka yang berkunjung. 
Cinta antara suatu perkataan, yang lahirnya dari hati yang ikhlas tulus mengingati Allah
Cinta yang apabila bertemu saudara-saudara seislam, zahir kecintaan antara mereka hanya untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Pengasih
Cinta apabila melihat sesuatu yang indah apatah lagi yang indah itu terhijab 
Cinta itu fitrah anugerah dariNya kepada hamba-hambaNya
Sungguhpun cinta itu begitu luas untuk dituturkan bahkan untuk dihuraikan 
Dan pastinya cinta kepada Pemilik Cinta itu lebih didambakan para hamba.


“Sesungguhnya diantara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan nabi dan syuhada menginginkan keadaan seperti mereka, karena kedudukannya disisi Allah. Sahabat bertanya :
“Ya Rasulullah, tolong kami beritahu siapa mereka ? Rasulullah SAW. Menjawab : Mereka adalah satu kaum yang cinta mencintai dengan ruh Allah tanpa ada hubungan sanak saudara, kerabat diantara mereka serta tidak ada hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah wajah-wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa dikala orang lain takut, dan mereka tidak berduka cita dikala orang lain berduka cita” (H.R. Abu Daud)

“Allah swt berfirman, “pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta mencintai karena Aku, saling kunjung mengunjungi karena Aku dan saling memberi karena Aku” (Hadits Qudsi)

Mari bercinta? kerana Allah. Bercintalah dengan ilmu ilmu Allah, bercintalah dengan peribadi Rasulullah, bercintalah dengan sahabat yang berhimpun kerana Allah, yang mekar hatinya kerana Allah, bercintalah dengan keindahan alam ciptaan Allah, bercintalah dengan nikmat nikmat limpahan kurniaan tanda kecintaan Allah terhadap hambaNya. Bercinta dan teruslah bercinta dengan niat mendekatkan diri kepada Allah. Kerana cinta Allah itu luas, seluas hamparan alam, bahkan lebih dari itu. Kerana yang paling dekat dengan kita itu adalah Allah, bukan ibu, ayah, kawan kawan, ataupun diri kita sendiri. 

Seperti dalam firmanNya, surah Qaf, ayat 16 yang bermaksud,
"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,"

Kejarlah syurga Allah kerana kecintaan terhadap Allah. Kejarlah syurga Allah untuk mengharap redhaNya. Kejarlah syurga Allah untuk mendekatkan diri kepadaNya. Bekerjalah di jalan Allah, untuk redhaNya kerana dengan redha itulah kita memohon untuk ke syurgaNya. Kerana dengan redha itulah hati-hati kita akan tenang, basah dengan kecintaan kepada Allah. Mari fikirkan satu analogi,
Dalam kehidupan sebagai pelajar, pasti peperiksaan merupakan teman akrab. Cuba kita renungkan, jika kita belajar kerana mahu mendapat gred yang bagus dalam peperiksaan, pasti kita akan merasa letih, kecewa, sakit hati jika hajat atau kemahuan itu tidak tercapai. Dan tukarlah tujuan itu, belajar untuk mengaut sedikit atau setitis dari berlautan ilmu Allah, untuk memahami, untuk mendekatkan diri kepada Allah, nescaya hilang rasa letih, hilang rasa kecewa, hilang rasa sakit hati. 
Begitu juga dengan amal, sekiranya yang meniti di bibir, di hati, cuma ganjaran dan pahala tanpa pengharapan memohon redha Allah, pasti kita akan merasa letih. Marilah bekerja untuk mengharapkan redha Allah. Ganjaran dan pahala itu urusan Allah, yakinlah, Dia Maha Kaya, memberikan kita ganjaran tidak akan pernah merugikanNya. Dia Maha Hebat, Maha Berkuasa. 

Marilah kita bercinta, merapatkan hati hati yang berhimpun di laman ini kerana mahabbahnya bertujuan satu, iaitu kerana Allah. Mari kita renungkan kata kata Saidina Ali (RA) ini:

"Hate no more, no matter how much they've wronged you. Live humbly, no matter how hard life is. Give much, even if you've been given little. Keep in touch with the ones who have forgotten you, and forgive who has wronged you and do not stop praying for the best, for those you love."

Marilah suburkan denai sepi, kelam dan murung itu dengan riuh manusia bermunajat kepadaNya, akur kepadaNya, basah hatinya kerana kecintaan kepada Allah. Mari terangkan denai sepi, kelam dan murung itu dengan gundahan rasa mahu mengenaliNya, mahu berada dekat denganNya, dan mahu menjadi hamba yang sebenar-benar hamba yang mendambakan cintaNya lebih daripada cinta makhluk. 
-wallahua'lam



Saturday, October 15, 2011

Assalamualaikum,

            Alhamdulillah. Semoga semua org sihat2 hendaklah. Sgt2 Alhamdulillah pd Allah sbb kite semua masih lg dlm jagaanNYA, insyaAllah. HATI KITE ALLAH yg PEGANG. Betul x?
Huhuhuhuhuhu.
Owg x tahu nk tulis ape ha. Semoga Allah memberi hikmah kt owg utk tulis nih. Skema jek ha.
Harituh kite ade wat bedah buku :
Fathi Yakan
Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah.

BAHAGIAN PERTAMA
Rintangan  Perjuangan Dalam Kehidupan Pendakwah

Orang Mukmin yg Dengki  Kepadanya

            Hasad dengki adalah penyakit hati yg mengikis iman sesorng. Ibnu Mu’taz pernah berkata:
Orang yg hasad itu marah kepada orang yg tidak berdosa, kikir terhadap sesuatu yg bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yg tidak akan diperolehinya.’

Rasulullah saw sgt melarang sifat hasad dan saling dengki-mendengki ni. Jadi kite sbg umatnya hendaklah berusaha mengikut sunat baginda.

Pada owg macam kalau kite ade perasaan dengki bile perasaan dengki yg mcm kite sesgt la x puas hati ngan org tuh dan kite nk sesuatu yg buruk jd kt org yg kite dengki tuh.

Allah swt telah berfirman supaya kite berlindung dari bencana golongan pendengki seperti yg terdpt dlm Surah Al-Falaq 113:1-5

Satu contoh terbesar ialah bagaimana even saudara sendiri pong buleh dengki pd kite mcm kisah QABIL yg membunuh saudara kandungnya HABIL. Perasaan dengki buleh mendorong sesorng tok bertindak di luar batasan tabii.

Maksudnya:
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; (27)  "Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam; (28) "Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim"(29) Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi. (30)
           
Selain itu, bab ini juge mnceritakan  tentang perbuatan mengumpat.
Apa itu mengumpat? Sabda Rasulullah saw:
Tahukah kalian apa ertinya mengumpat?’ sahabat menjawab: ‘Allah dan RasulNya yan lebih tahu. Ujar Rasulullah saw lagi: ‘(Mengumpat ialah) engkau mengatakan tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya’. Lalu ditanyakan : ‘ Bagaimanakah ada sesuatu yang patut saya kata tentang saudara saya itu?’ Jawab Rasulullah saw: ‘Sekiranya apa yang engkau katakana sebutkan tentang saudaramu itu betul-betul ada padanya, maka itu bermakna engkau telah mengumpatnya tetapi jika tidak betul maka itu bererti engkau telah mengada-ngadakan kebohongan terhadapnya’.
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi)

Banyak lagi sabda Rasulullah saw mengenai perbutan mengumpat ini. Antaranya bagaimana di katakan perbuatan mengumpat ini seperti memakn daging saudara sendiri.
Faktor2 yang menyebabkan hasad dengki:
·   Perasaan permusuhan dan kebencian.
·   Merasa diri mulia – tidak rela sesiapa mengatasinya.
·   Takabbur (membesarkan diri dengan org lain)
·   Ujub (merasa takjub dengan diri sendiri)
·   Takut terlepas sesuatu tujuan habuan
·   Ghairah menjadi ketua dan mencari popularity
·   Busuk hati

Bagaimana kita mnghadapi pendengki?
·   Berhati-hati
·   Menjauhkan diri dari golongan pengumpat
·   Mengelakkan pergaulan dengan mereka

Sikap yang perlu diambil oleh para daie muslim apabila berhadapan dengan orang yang menaruh perasaan hasad dengki:
·   Sentiasa bersabar dan menunaikan solat
·   Berlindung dengan Allah swt
·   Menguasai dirinya dari sifat amarah
·   Menyumbangkan apa2 yg baik utk masyarakat.
·   Segala penganggungan dan penderitaan diserahkan pada Allah swt yg Maha Mengetahui.

Cerita teladan:
KISAH menarik perlu dihayati bakal penghuni syurga adalah seperti sabda Rasulullah SAW kepada sahabat, “Sebentar lagi seorang penghuni syurga akan masuk.” Mendengar khabar itu semua mata btertumpu ke pintu masjid. Dalam fikiran sahabat, terbayang watak orang yang luar biasa.
Tiba-tiba masuklah seorang lelaki yang mukanya masih basah dengan air wuduk. Penampilannya biasa saja. Ia bukan orang terkenal iaitu Abu Umamah Ibnu Jarrah. Keesokan harinya, peristiwa serupa berulang, demikian pula hari ketiga. Sahabat menjadi hairan, amalan apa dimiliki orang itu hingga Rasulullah SAW menyebutnya calon penghuni syurga.
Di kalangan sahabat, Abdullah bin Amr bin ‘Ash, meminta izin kepada Abu Umamah untuk menginap tiga hari di rumahnya. Tiga hari tiga malam, Abdullah memperhatikan, meneliti bahkan mengintip tuan rumah. Namun tidak ada satu pun yang istimewa. Hari dilalui tidak jauh berbeza dengan sahabat lain. Ibadatnya pun biasa saja.
Pasti ada sesuatu yang disembunyikan. Aku mesti berterus terang kepadanya, ujar Abdullah. Ia pun bertanya, amal apakah yang engkau lakukan sehingga Rasulullah SAW memanggilmu calon penghuni syurga? Jawapan Abu Umamah sungguh mengecewakan, “Apa yang engkau lihat itulah.”
Ketika Abdullah hendak pergi, tiba-tiba tuan rumah berkata: “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku tidak pernah iri hati dan dengki terhadap nikmat yang Allah berikan kepada orang lain. Sebelum tidur, aku selalu bersihkan hati daripada ujub, takbur, dengki dan rasa dendam.”
Ada banyak teladan dalam kisah itu. Namun yang pasti, hanya orang bersih hati yang akan memasuki syurga tertinggi, juga bertemu dengan Al-Khaliq, Allah Azza Wa Jalla.
(Hadith Riwayat Ahmad dengan sanad perawi, mengikut Al-Bukhari, Muslim dan Al-Nasai)

Oleh itu, seperti yg tertulis dlm buku ini, seorang daie hendaklah memiliki hati yg bersih dan sihat. Perlu menghadirkan dlm diri mereka sikap waspada dan akhlaq yg lurus dengan kesedaran. Mereka harus kuat dalam melawan sifat marah dan yakin Allah swt akan menguruskan segalanya.

Kan Allah pernah berfirman, sesiapa yg menolong agama Allah, DIA akan permudahkan bg mereka jalannya kan?

Ada banyak lg bab ini menceritakn bahawa sekiranya kita menjage aib org, Allah akan menjge aib kite di akhirat kelak insyaAllah. Dan kalau kite ade sifat al-Hilm(tidak membalas keburukan walaupun mampu berbuat demikian) Allah akan menambah kemuliaan dan meninggikan martabat. Mereka juga antara golongan syurga.

Jadi marilah kite sesape berusaha menjadi hamba Allah yg bertaqwa insyaAllah.

(p/s: sesgt lahhhhhhhhhhhhh noob dlm menulis nih ==’ serious mimi sgt x sesuai dengan mende2 nih, rse tkut pong ade jgk. Musti korng busan bce mende nih, tp betull mimi sgt x pndai nk menulis n berkata segalaaaa. Minta maaf la atass kesalahan dan kekhilafan diri ini. Rse sgt  x layak nk menulis perkara seperti td sbb owg xde la mayak sgt ilmu dan diikutkan sgt cetek. Dan blog adalah bukan owg. Tp bce blog adalah owg. Minta maaf sumee. Mimi try yg ini dolu yer. Nnt mne tahu buleh jd lg bagus. Sila sesape post jek pape yg kamu mahu)