CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 28, 2012

Syukur



























بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...

Pernah tak kita terfikir, bila kita bangun pagi pagi dan lihat sekeliling kita....dan apa yang kita nampak? kita nampak bilik kita for sure la kan. our ordinary room. Ada meja study dekat satu corner bilik, then ada al Quran, atas meja, and oh comforter beli kat Walmart since freshman, buku buku, novel, buku biochem gedabak *versi international* atas meja jugak, dengan mangkuk megi semalam dengan cawan milo tak basuh lagi still ada atas meja. *serious? tolong ubah perangai..haha* 
sekali lagi....

our ordinary room..

tapi, pernah tak kita rasa bersyukur dengan apa yang kita ada. pernah tak kita ucapkan alhamdulillah atas pemberian nikmat air milo yang kita minum semalam, dengan megi kari *kawan kita yang patut masak balik lambat sbb ada lab GE so, makan megi ja...oke, just kidding..tak pernah terjadi pada saya mungkin..anda bagaimana?* tu pun tinggal atas meja tak basuh sampai kuah kering dehydrated dek heater..*astaghfirullah* ataupun maybe atas nikmat buku murah dapat versi international tak payah beli buku mahal. all of these simple thing? pernah tak kita rasa bersyukur? nasihatnya di sini setelah bebel panjang lebar *habes budak GE pn tiba tiba terlibat sama, maaf saja nak mencantikkan dan menyeronokkan cerita* adalah bersyukurlah even for a very simple thing, a very simple ni'mat that you get in your everyday life. hidup seorang abid itu sentiasa bersyukur kepada Allah. sentiasa rasa kebergantungan kepada Allah, dan sentiasa membayangkan bagaimana kehidupannya jika Allah tidak menghiraukannya walaupun hanya pada kadar sekelip mata, pasti hidupnya berantakan *dalam bahasa indon, bahasa utaranya caca merba* 

Bagaimana kalau kita dibangunkan keesokan hari dengan hanya apa yang kita syukuri hari ini? habeslah..esok2 bangun katil dah tak dak. sebab semalam lupa nak bersyukur atas pemberian katil yang empuk. Allah itu maha Penyayang kan? walaupun kita jarang mengucapkan syukur, tapi Allah tak tarik nikmat yang kita ada tu serta merta. Peluang demi peluang diberikan supaya hambaNya ini ingat akanNya. Subhanallah. Indahnya cinta Allah kepada hambaNya.

Say, "O My servants who have transgressed against themselves [by sinning], do not despair of the mercy of Allah . Indeed, Allah forgives all sins. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful."

[Az Zumar:53]

Ayat ini diturunkan ketika Wahsyi bertemu Rasulullah SAW. Wahsyi merupakan seorang hamba yang membunuh Saidina Hamzah dalam perang Uhud. Wahsyi bin Harb dijanjikan kebebasan oleh tuannya sekiranya dia dapat membunuh Saidina Hamzah. Wahsyi bertemu Rasulullah SAW, dan seterusnya mengucapkan dua kalimah syahadah. Rasulullah SAW lalu bertanya, "Adakah engkau Wahsyi dari Ethiopia?" dan dia mengiyakan. Rasulullah SAW bertanya lagi, "Bagaimana kamu membunuh Hamzah bin Abdul Muthalib?" dan Wahsyi menceritakan segalanya kepada Rasulullah. Rasulullah SAW berkata,"Aku tidak akan memandang wajahmu hingga hari berbangkit atas musibah yang menimpa Hamzah oleh tanganmu." dan sungguh Rasulullah SAW tidak melihat wajahnya dan menyembunyikan diri darinya.
Apa yang ingin disampaikan adalah, kenapa Wahsyi memeluk Islam?

Wahsyi memeluk Islam kerana:
1. mestilah sebab kehendak Allah
2. kerana dia mendengar walau sebesar mana dosa seseorang itu, dia akan diampuni.

sebesar mana dosa kita, besar lagi pengampunan Allah.
sebesar mana kesalahan kita, ketahuilah Allah itu penerima taubat.

janganlah berputus asa dengan rahmat Allah kerana Allah itu maha Pengampun lagi maha Penyayang. Kalau kita rasa kita tak bersyukur, tapi bangunlah pada hari esok dengan jiwa yang penuh syukur dan mengharapkan keredhaan Allah dalam setiap tingkah lakunya. Bangunlah dengan harapan hari ini sentiasa lebih baik dari semalam dan penuh berkat dan rahmat dari Allah. Bersangka baiklah dengan Allah, kerana Allah hidup dalam sangkaan hambaNya. 

Kenapa dengan gambar?
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, even kek kat sini sedap tapi tengok tengok dan berhati hatilah apabila makan. cari yang gluten free. jadilah seorang yang berhati hati dalam hal hal agama. terutamanya dalam bab makanan..*sokong HPA ^ ^"*
makanan yang baik itu tidak ada mudharat dan tidak memudharatkan.

"You are what you eat, you are what you read"

wallahualam..


No comments:

Post a Comment