CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 10, 2011

Bahtera Penyelamat (Nafsu yang Meransangkan) Part 1



"Aku tidak membebaskan diriku (dari beban dosa) kerana nafsu sering menyuruh yang buruk, kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku Maha Pengampun Maha Penyayang."   (Surah Yusuf : 53)

Mungkin sukar untuk kita melihat seorang pendakwah bertudung labuh, berkopiah melakukan kejahatan secara terang-terangan. Tetapi dalam kesibukan menempuh kehidupan sebagai seorang pendakwah, seorang da’i mungkin lupa akan perihal dirinya sendiri. Kita mungkin sibuk membimbing dan mentarbiyah orang lain tetapi kita mungkin lupa untuk mendakwah diri sendiri, lupa untuk menilai amalan diri, lupa untuk menilik kemungkinan adanya tompok-tompok hitam dalam hati. Ya, mungkin kita akan segera menepis godaan syaitan yang mengajak kita ke kelab malam, meneguk arak dan membuka aurat tetapi kadang-kadang kita terleka bahawa terdapat satu bisikan kejahatan yang kita ikuti tanpa disedari. Inilah yang dikenali sebagai bisikan nafsu dalam diri.

Allahyarham Syeikh Dr Fathi Yakan telah mengupas impak nafsu terhadap pendakwah dalam buku tulisannya, Bahtera Penyelamat. Menurut beliau, nafsu merupakan wadah tempat berinteraksi segala yang buruk dan baik, halal dan haram, hak dan batil. Nafsu akan menerima apa sahaja bergantung pada bagaimana manusia mengawalnya. Jika kita leka, tidak akan mustahil untuk kita melakukan kemungkaran walaupun kita merupakan seorang pendakwah kerana mengawal nafsu adalah seperti kita mengawal diri sendiri. Nafsu akan sentiasa berusaha mengarah diri kita untuk melakukan keburukan.

Sabda Rasulullah SAW

“Musuh dirimu yang paling besar ialah nafsumu sendiri di yang dicelah lambunganmu”
                                                                                                             (Al-Hadis)

 Oleh itu, sebagai seorang da’i, kita hendaklah berusaha mengawal nafsu, bermuhasabah tentang diri sendiri. Hitunglah kesalahan kita sebelum kita menghitung kesalahan orang lain. Rasulullah SAW pernah menceritakan nasib manusia yang mengatakan sesuatu yang tidak dikotakan:

“Pada hari kiamat kelak dicampakkan orang berkenaan dalam api neraka lalu terburai perutnya. Ia berputar-putar dalamnya persis seperti keldai mengelilingi kincir pengisar gandum. Penduduk neraka berkerumun melihatnya. Mereka berkata: “ Si fulan (rupanya). Bukankah engkau dahulu menyuruh yang ma’ruf dan mencegah yang munkar?” “Benar”, jawabnya. “Tetapi aku sendiri tidak melakukannya. Aku larang yang munkar tetapi aku sendiri melakukannya.”

Adakah kita mahu semua dakwah yang kita lakukan dibalas oleh Allah dengan seksaan seperti ini?? Jika tidak, didik dan kawallah nafsu. Allahyarham Syeikh Dr Fathi Yakan amat menekankan perihal menjaga hati sebagai cara yang paling utama untuk mengawal nafsu. Rasulullah SAW telah menjelaskan betapa tingginya kedudukan hati dalam diri setiap manusia,

“ Manusia itu dua matanya(ibarat) penunjuk, dua telinganya sebagai pemberi isyarat awas, lisannya sebagai penterjemah, dua tangannya sebagai sayap, dua kakinya ialah posmen, hatinya pula sebagai raja. Kalau rajanya baik, maka baiklah bala tenteranya.”

Tanda hati masih hidup

Antara tanda-tanda yang menunjukkan hati msih hidup ialah ia masih mampu bergetar dan teralun oleh zikrullah, bacaan Al-Quran dan ibadah-ibadah lain.
Marilah kita muhasabah diri kita sendiri. Adakah hati kita bergetar ketika mendengar rakan kita membaca Al-Quran? Atau hati kita lebih terkesan melihat lakonan pelakon drama Korea yang menjadi kegilaan remaja sekarang? Fikir-fikirkan lah agar hati kita yang mungkin hanya layu agar tidak terus mati dihempas gelodak nafsu.

Selain itu, hati yang hidup juga boleh dilihat apabila seseorang itu kuat dalam pegangan agamanya. Dia berani untuk menyatakan yang hak dan hanya takut kepada Allah Subhanahu wa Taala sahaja selain gentar untuk melakukan kemurkaan dalam kehidupan seharian. Tepat sepeti apa yang dibayangkan oleh Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya di bumi Allah ini terdapat bejana-bejana; iaitu hati-hati (hambanya). Yang paling disayanginya ialah yang paling lembut, paling jernih, paling teguh. Kemudian Rasulullah menjelaskan lagi yang paling teguh berpegang kepada agama, paling jernih dalam keyakinannya dan yang paling lembut terhadap sahabat.”

Jom kita sama-sama analisa diri kita....



to be continued in part 2..... =)