CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 30, 2012

Allah Lihat Usaha. Manusia lihat pada Output di penghujung.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanngung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlan Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami todak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir." [Al-Baqarah: 286] 

Sungguh jelas janji Allah dalam ayat ni. Allah tak akan bebani kita dengan ujian yang kita tak mampu nak tanggung. Allah tahu segala kelebihan kelemahan hamba-Nya. Usahlah terlalu risau andai kita dikurniakan musibah mahupun ujian. Wajarlah kita risau andai kita sentiasa dilimpahkan dengan nikmat, kerna kadangkala nikmat yang banyak itulah lebih mendorong kita menjadi lebih lalai dan lupa kepada Allah andai kita tak bersyukur. Hidup ini ibarat mimpi yang sekejap. Kadang-kadang kita tak sedar pun masa berlalu dengan begitu pantas. Jarum jam sentiasa bergerak dan berdetik. Leka dengan dunia. Nak itu nak ini. Nak berjaya dalam hidup dan sebagainya. Kita kadangkala lupa bahawa dunia ini hanyalah jambatan ke akhirat. Sibuk nak kejar akademik dan sebagainya sampai lupa nak kejar 4.0 flat untuk akhirat. Mana satu yang kita mahu? CGPA Allah mahupun CGPA manusia? Dua-dua? Usahalah! Tapi andai Allah dah bagi kat kita keputusan dunia yang setimpal dengan usaha, terimalah! Tak perlu nak merintih result rendah semua. Bangun syabab! *pesan kat diri sendiri* 
"Allah uji dengan sedikit kegagalan dunia hari ini. Tapi tak bermaksud aku harus menangis dan jatuh tersungkur. Teruskan senyum dan mencari. Rezeki Allah ada di mana mana, bila bila masa. Jom bangun dan terus berusaha! Yoish!..♥..=).."
Apa lagi yang kita nak dari Allah? Semuanya Allah dah bagi cukup dan sesuai untuk setiap hamba-Nya. Memang hati kita ni perlu diketuk-ketuk setiap hari. Bagi diri sedar bahawa kita ni bukanlah sesiapa tapi hanya Hamba yang banyak bergantung pada Allah. Leka kejar taraf kehebatan diri sampai lupa bahawa Allah itu lebih hebat dari segalanya. Bangunlah syabab! Fastabiqul khoirat! Berlumba-lumbalah dalam mengejar kebaikan.

"Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua mengerjakan kebaikan (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." [Al-Baqarah: 148]

Jangan terlalu asyik nak berlumba dalam mengejar kejayaan dunia. Kejar dunia untuk akhirat takpa. Setinggi mana pun taraf kita di dunia, akhir sekali kembali ke tanah jugak. Akhirat nanti akan berkumpul di tempat yang sama jugak. Kejar benda dunia banyak keluar duit, kejar benda untuk akhirat 99% free je. Dunia yang kadang-kadang hanyalah pentas drama di mana manusia itu para pelakonnya. Contoh situasi:

A: Eh, tengoklah dia tu. Dulu bukan main semangat belajar. Sekali tengok tak dapat Dean's List pun. 
B: Tu lah. Entah-entah berlagak pandai je. Kita ni jugak yang dapat masuk list dekan tu kan. Bestnye!

Tengok? Mula-mula khusyuk mengutuk orang. Kemudian riak pula datang. Na'uzubillah min zalik! [Al-Hujurat:12] Jauhi prasangka yang tak elok. Itu penyelesaian yang terbaik. Ubati penyakit hatimu. Setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya. Berlapang dada lah wahai pemuda.
"Selagi mana penyakit hatimu tidak diubati, selagi itulah kau menutup pintu penyelesaian dan pintu tarbiyah. [An-Nisa':54] Bangunlah wahai sahabat. Perjalanan kita masih jauh. Hidup ini bukanlah semata-mata untuk mengejar kejayaan dunia dan berlumba dalam mengukur kehebatan diri. Fastabiqul Khairat! Berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan Lillahi Ta'ala. [Al-Baqarah:148] ♥"
Jangan kau lihat kelemahan seseorang itu lebih daripada kebaikannya. Boleh jadi keburukan yang kau cerca itu nikmat yang Allah bagi sebagai pengajaran dan peringatan buat kita. Kita ini manusia, tak lepas dari membuat kesalahan. Allah sahaja yang berhak menjadi hakim kita, bukannya manusia. Sebelum nak menilai seseorang, nilailah diri sendiri dulu. Refleksi dan muhasabah itu penting untuk "ketuk" dan jentik hati agar tak cepat leka. *Tok tok* -hati diketuk lagi-

Kesimpulannya, percaya dengan janji Allah. Jangan terlalu "down" sampai bawa kepada kefuturan. Kalau dapat musibah, cari Allah dulu, baru cari manusia. Allah lihat usaha kita dalam kebergantungan kepada-Nya. Sejumlah manusia sahaja yang lebih kerap melihat result sesuatu berbanding usaha. Senang menghakimi seseorang tanpa berfikir panjang. Bangun syabab! Kaulah syabab harapan ummah. Takbir! Allahu Akbar!

"Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfudzh) sebelum Kami Mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah" [Al-hadid: 22]

Nota kaki: Hanya perkongsian di pagi Jumaat. Wallahua'lam. Sungguh aku hanya hamba-Nya yang masih mencari dan mencari ilmu Allah di muka bumi ini. Life-long learner! Ini kopi pasta dari blog sendiri je. =_=

No comments:

Post a Comment